Wednesday, March 31, 2010

Another Day In My Life

Ohh... i'm still not recover from my sickness. Hopefully, April will bring new breeze, fresh air to me. So many things to voice out but maybe I should save for the best time.

Ahh... feels good when jejaka itu dropped by last week. Since I'm so busy, we have no chance to communicate or even pandang2 and jeling2. Guess there's no chance for me that day, so I just stood still at my work place. Surprise, surprise... before he left the office, he say hi to me! I know he shy but I compliment for his gentleman approached. I mean, it is a courtesy to (at least) say hi to the people you know. Seriously, no lovey-dovey feeling involved. 

Today, we have a new colleague. Another 'makcik'. So, I'm still the youngest. My boss said, eventually I will catch up everything. Meaning, there is a long way to go, Nadia. Just enjoy the moment of being young and cheeky (quote: my boss). 

Okey, get back to work before they find out I'm blogging. Taa... 

Sunday, March 21, 2010

Up Close & Personal

Hari ini hari Ahad. Hujan lebat mencurah2 di luar sana. I don't want to waste my time taking naps. So, i'm blogging. Baru Na teringat yang Na tak buat azam untuk bulan Mac. Niat pada mulanya nak langsaikan azam2 sebelum nie sebelum tambah azam baru. Inilah antara bukti menunjukkan betapa banyaknya masa yang terbuang begitu sahaja. I hate that! Bagi Na, blogging bukan membuang masa. Blogging antara terapi terbaik untuk Na. Tapi bila baca post yang dulu2, betapa pengetahuan Na makin terkebelakang. I used to know a lot of things. I'm eager to learn various things. Tapi itu dulu. Na tak nak menyesal. Perasaan tue cuma membuatkan semakin banyak masa terbuang dengan lebih banyak lagi. Sedangkan demands and expectations pada Na makin tinggi. Move on, Nadia, move on.

Na gembira bila dapat tahu hubungan cinta kawan baik Na semakin pulih. Semoga hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin. Bukan McD atau meja VIP yang Na kejarkan sangat. Cuma Na tak nak kawan baik Na bersedih lagi. Memang ujian akan sentiasa datang, yang penting mereka sama2 berusaha mengatasinya tanpa putus asa. 

Setiap hujung minggu, Na banyak habiskan masa bercuti dengan keluarga dan saudara mara. Minggu lepas Na ke Port Dickson. Semalam BBQ di Sepang. Berjumpa dengan saudara mara (yang Na pernah label sebagai Hitler's family) memang seronok. 4 generasi dari status moyang sampai ke cicit. Yang dewasa makin tua, yang kanak-kanak kini remaja, wajah mereka masih sama cuma makin berkurangan. Na bersyukur sangat sebab Atuk masih panjang umurnya. Usia Atuk akan menginjak ke angka 80. Atuk sempat berzanji depan Na. Atuk pesan suruh Na belajar berzanji. Seronok! Tapi yang tak seronoknya adalah penghabisan ayatnya. Atuk kata; "Nadia belajar la berzanji seminggu sekali....sebelum aku mati." Bila Atuk cakap macam tue, buat Na terfikir. Na kena ambil peluang belajar sebanyak yang boleh dari Atuk. Na perlu banyak meluangkan masa dengan orang sekeliling Na sebelum terlambat. 

3 hari Na MC tak pergi kerja. Na lemah sangat untuk bergerak. Sembahyang pun Na terpaksa lakukan dengan cara duduk. Baru Na sedar pengetahuan Na dalam agama sangat cetek. Na harap sembahyang Na masa sakit dulu diterima Allah. Na ada berbual2 dengan kawan Auntie. Dia belajar mengaji setiap minggu. Dia pesan pada Na supaya rajin mengaji dengan tajwid yang betul. Sebab bila dah tua macam dia, memang susah nak masuk kepala bab tajwid nie. Pesanan tue Na cuba sematkan setiap hari. 

Mungkin ada yang berpendapat Na nie bertukar jadi alim. Tapi, entahlah. Na rasa hari kematian itu semakin hari semakin hampir. Na takut tak sempat membuat sebarang persiapan. Na tak tahu bila hari itu akan tiba. Tapi, ianya pasti datang dan ini membuatkan Na rasa tak cukup masa. Sebelum Na 'pergi', Na perlu pastikan orang sekeliling Na hidup bahagia. Na perlu selesaikan setiap yang Na mulakan. Berusaha memperbaiki hubungan dengan Allah. Barulah boleh dikatakan 'rest in peace'. 

Na sedang menunggu jawapan dari Allah. Na mohon petunjuk yang jelas dari-Nya. Berapa lama lagi baru Allah jawab semua pertanyaan Na? Kadang2 Na rasa nak putus asa. Na pernah doakan jodoh yang berpanjangan untuk kawan baik Na. Nampaknya memang Allah makbulkan. So, Mungkin ke Allah sudah memberi jawapan tapi cuma Na yang blur tak perasan jawapan yang diberikan? Na akan berusaha lagi. Semoga Allah berikan petunjuk yang jelas.

Thursday, March 18, 2010

Life is Unpredictable

Baru je minggu lepas Na rajin memang baca blog2 kawan. Baru je hujung minggu lepas bersantai2 bersama keluarga. Baru je 2 hari lepas Na planning untuk bercuti dengan kawan. Pendek kata hidup Na berjalan dengan lancar sekali. Tapi semalam entah mana silapnya, lepas makan Na terus masuk bilik untuk tidur. Menjelang tengah malam Na terjaga. Sakit perut. Sakit kepala. Keluar masuk bilik air. Satu je yang Na risaukan yang akhirnya benar2 terjadi sejak sekian lama.... muntah!

Sakitnya bukan kepalang. Sedang semua orang sedang nyenyak tidur, Na sibuk ulang alik dari bilik ke tandas. Makin lama badan makin lemah. Selepas berjumpa doktor dan makan ubat, Na teruskan rutin dengan masuk semula ke dalam tandas. kali nie memang Na tak boleh bertahan lagi. Sebab takde siapa2 kat rumah, sambil mengeluarkan isi perut melalui mulut, Na menangis tak henti2. Na teringatkan kesalahan silam. Kenapa semua benda dan nasib buruk terjadi pada Na seorang sahaja?

Na memang tak tahan bila sakit perut. Rasa nak mati pun ada. Tapi bila teringat tentang mati, Na teringat seseorang pernah beritahu, kalau Na mati sekarang dia akan berada dalam keadaan yang susah. So, Na berdoa banyak2 pada Allah, bukan sekarang masanya. Ada perkara yang perlu Na selesaikan. Well, semuanya untuk kepentingan dia. Sigh!

Dan macam biasa, kehidupan Na dah kembali seperti asalnya. Sepanjang Na sakit, auntie yang banyak jaga Na. Semua arahan Na kena patuhi. Walaupun badan lemah sangat2, Na dipaksa untuk mandi. Na kena bersiap sebelum jam 8.30 pagi untuk jumpa doktor. Na dipaksa makan 4 jenis ubat. Bila waktu makan, Na disuruh bangun dan duduk makan di ruang tamu. Takde servis penghantaran ke bilik. Semuanya Na turutkan tanpa sebarang bantahan. Kalaulah ada orang yang memahami perasaan nie... :(

****************

Minggu lepas, siapa sangka jejaka Maxis datang ke ofis. Of course tentang urusan rasmi. Sedar tak sedar, kami dah sampai tahap berjalan berdua, naik dan turun lif sama2 untuk menyelesaikan urusan rasmi itu. Dia nampak tenang untuk memulakan perbualan. Ada sifat gentleman walaupun sengal sikit.

Dua tiga hari kemudian, kami berbalas sms. Semestinya tentang urusan rasmi. Tapi lepas tue boleh bergurau2 sampai tak ingat pulak pasal kerja. Ini tak boleh jadi. Na ambil keputusan untuk tidak membalas smsnya lagi. Sebab kawan Na perasan yang Na tersenyum sorang2 depan pc. Haish!

Tapi selepas berakhir satu perkara yang menggembirakan, terjadi pulak satu perkara yang sangat tidak menyenangkan. Mamat 'blind date' pulak yang sms. Sms dengan dia memang menyakitkan hati. Na rasa nak mencarut2 je kat dia. Hello! Awak tue dah la badan besar, muka tak hensem, banyak kawah bulan, kulit tebal macam buaya, pemikiran cetek, sempat lagi nak sakitkan hati Na. I layan you pun sebab kesian je!! Eee... geramnya. Lepas nie kalau you sms lagi, sorry i takkan layan. Call la 1, 000 kali pun, hantar la SMS sampai bengkak tangan tue jangan harap I nak balas. Tak sedar diri langsung. You bajet you bagus sangat ke. I tengok muka you pun sebab terpaksa je la. w-t-F!

That is why I don't like make friends with Malay. Enuff with Malay friends that I have right now. I'm sorry if I'm wrong but I just can't tolerate anymore. I can stand with my Hitler's big family but I can't take it to have another Malay friend. You just annoyed me. You perasan bagus eventhough you're not. The biggest mistake you've made, you boleh cakap you dah kehilangan teruna 8 years ago. Are you proud of it? That's indicate that you are stupid. Tak tahu bezakan macam mana nak jadi jujur and jadi bodoh! Bila Na tegur, you said I didn't respect you. Seriously, the way we both thinking are so different. Na tak perlukan pujian tinggi melangit. It won't work. Na tak suka dipuji. Because I can detect whether you're being honest or there's a hiding agenda behind that.

Sigh! Sigh!! Sigh!!!