Dear Big Boss,
I went to the hotel yesterday. The staff looks neat and tidy and smart. Owh.. i love working with these people. And I want to be one of those. Well, I am now. Memang seronok bila ada
driver yang datang ambik dari ofis ke hotel dan hantar balik dari hotel ke ofis. Layak la seadanya sebagai pembantu kepada bos...
Tapi, bos control Na over sangat. Ingat I tak tahu ke? Na tahu, bos tak bagi Na borak2 dengan driver bos dari Kelantan tue. You said, the driver seems dangerous. So, boss wants to protect young executive like me. Perlu ke sampai macam tue sekali bos..? Don't you worry my botak boss. I pun tak nak cakap dengan dia. Sebab tak faham. Loghat dia pekat sangat macam pekatnya rasa Nespresso yang bos suka sangat tue.
Dear My 2nd Boss,
Boss sibuk2 pasal honeymoon place Na kenapa.. Bos nak taja honeymoon Na sponsor je la. Nie siap bersyarat2 pulak. Syaratnya, I have to find Mr Husband first. Aiseh... nampaknya bos-bos nie amat menyayangi Na. Na pun sayang bos jugak tapi Na malu nak bagi tahu. Kalau bos tak call sehari atau tak suruh datang hotel, mesti Na tertunggu2 panggilan dari bos. Hari tue bos demam sampai terguling2 kat katil 2 hari pun, Na dah risau. Tapi bos pun boleh perasan kan.. Sebab bos dah pandai baca air muka Na. Bos kata dia tahu Na miss him a lot but she so shy. She didn't ready to express her feeling. Mana bos tahu nie. Wat segan je! Tue la sape suruh bos kenyit mata tiap2 hari kat Na. Lepas tue siap letak coklat atas meja Na. So surprise. Adoi wtf la cakap macam tue kat bos!!
Oleh kerana keakraban dan chemistry yang sangat baik antara kami, bos besar nak tukar Na jadi assistant bos secara rasmi. Na nak sangat. Sebab bos boleh tahan kacak (walaupun dah tua) and pandai cakap bahasa Melayu sikit2. Bos boleh develop Na jadi somebody one day. Lagipun, Na boleh dapat diskaun kalau nak gi mane2. Wahaha itulah tujuan asal sebenarnya. Nak bayar full amount harga beribu-ribu untuk satu malam memang mimpi je la.
Na nak kena siap sedia la untuk jadi assistant yang bagus untuk bos. Semua maklumat mesti ada di hujung jari. So, bos tak payahlah cari secretary yang lain eh. Bila Na dah jadi bos kepada orang lain, baru bos cari pengganti. Tapi, bos kena cari secretary sendiri la sebab masa tue Na dah busy nak buli staff Na pulak. Na akan buli mereka macam mane bos buli Na sekarang.
Na akan sentiasa ingat memori antara kita berdua. Semua orang boleh nampak kita gembira bekerja bersama-sama. Setiap 10 minit bos panggil Na dan bagi kerja yang melambak-lambak. Setiap 1 jam bos akan call Na walaupun kadang2 tak tahu nak cakap ape. Bila bos meluahkan rasa tak puas hati dengan prestasi staf, Na cuma boleh dengar je. Na tak nak menyampuk nanti jadi mengumpat pulak. Bila bos pergi hotel, bos cerita pasal Na kat semua orang. Apa yang bos cerita sampai diorang puji Na tinggi melangit? Bila Na pertama kali pergi hotel, semua orang perkenalkan diri mereka kat Na. Pergi balik dari ofis ke hotel pun ada driver yang tolong hantarkan. Mereka memang peramah sekali.
Bos pulak macam tahu2 je tempat nak cari Na kat hotel tue. Na lepak kat Business Centre je. Senang nak buat discussion pasal projek2 yang bos bagi tue. Lepas tue, semua kesalahan Na bos akan cover. Bukan kesalahan besar pun, kesalahan yang tak diduga bila dah buat sesuatu kerja. Mesti Na sedih sangat bila tiba saat berpisah nanti. jadi, Na akan hargai setiap masa yang ada dan akan lakukan kerja sebaik mungkin. Terima kasih sebab banyak ajar dan sabar dengan ketidakpandaian Na. Terima kasih sebab buatkan Na dipandang tinggi oleh semua orang. Bos jangan risau, selagi Na kerja dengan bos, selagi tue Na akan jaga imej bos.
Tapi kan bos, kerja yang bos bagi memang melampau-lampau la. Bos suruh Na handle, finalize and follow up kerja-kerja yang Na memang giler blur tak tahu ape2 bila bos outstation. Kalau kerja yang senang2 takpe lagi. Tapi nie nak communicate dengan orang dari Pakistan, Dubai, Rusia, California, gile ke? Na cuma pernah cakap dengan orang dari Bangladesh dan Nepal je. Sigh! Buatnya diorang telepon Na tengah2 malam, Na nak jawab ape? Bos fikir-fikirkan la. Satu lagi, ramai yang nak lunch meeting dengan bos. Jadual bos pun Na tak tahu. Macam mane nak confirmkan? Lain la kalau Na yang diorang ajak, memang Na confirm je.
Bila bos gi outstation, tak boleh ke bos bagi Na kebebasan sikit... Bos asyik nak suruh Na keep in touch je. Tau la bos pakai Black Berry. Na pun perlu luangkan masa dengan kawan sekerja Na kat sini. Bos... Na ada terkilan sikit dengan bos. Bos banyak berahsia dengan Na. Selalu bos tak macam nie. Na selalu jadi orang pertama yang tahu rahsia syarikat. Na rasa bos terlalu sibuk sebab tue takde masa nak cerita dengan Na. Tapi, kalau bos tak bagi tahu, macam nie la jadinya. Bila bos serah tugas kat Na, Na tak tahu apa2. Na termanggu2 menggaru kepala dan buat muka tak bersalah.
Jadi PA bos memang boleh buat otak Na berdarah hijau je. Cuba bos fikirkan sejenak 10 tahun lagi bila Na pulak jadi bos. Bos tak kesian ke dekat staf2 Na yang terpaksa melayan kerenah Na yang ala-ala bos nanti? Teruk Na kerjakan diorang. Na pun akan buat otak diorang berdarah hijau jugak. Tapi Na tak la kejam sangat. Na bagi staf Na balik bila habis 8 jam waktu bekerja. Sebab tak payah nak bayar OT diorang. Huhu!
Dan akhir sekali, bos jangan la buat aksi kanak2. Bos kurangkan la tergaru2 kepala, membebel sorang2, dan buat bunyi klak! klak! klak! macam cicak. Na tak larat la nak gelak secara sopan. Lepas tue tolong la jangan letak tupperware atas meja Na. Letak la kat pantry. Takkan tue pun nak ajar. Lempang kang...
Hihi... gurau je. Nie baru sebulan berkenalan. Kalau setahun tak tahu la macam mane nanti kan.
Till then, have a nice trip to Desaru ya.
xoxo
Truly, Madly, Deeply,
Nadia