Hari ini hari Ahad. Hujan lebat mencurah2 di luar sana. I don't want to waste my time taking naps. So, i'm blogging. Baru Na teringat yang Na tak buat azam untuk bulan Mac. Niat pada mulanya nak langsaikan azam2 sebelum nie sebelum tambah azam baru. Inilah antara bukti menunjukkan betapa banyaknya masa yang terbuang begitu sahaja. I hate that! Bagi Na, blogging bukan membuang masa. Blogging antara terapi terbaik untuk Na. Tapi bila baca post yang dulu2, betapa pengetahuan Na makin terkebelakang. I used to know a lot of things. I'm eager to learn various things. Tapi itu dulu. Na tak nak menyesal. Perasaan tue cuma membuatkan semakin banyak masa terbuang dengan lebih banyak lagi. Sedangkan demands and expectations pada Na makin tinggi. Move on, Nadia, move on.
Na gembira bila dapat tahu hubungan cinta kawan baik Na semakin pulih. Semoga hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin. Bukan McD atau meja VIP yang Na kejarkan sangat. Cuma Na tak nak kawan baik Na bersedih lagi. Memang ujian akan sentiasa datang, yang penting mereka sama2 berusaha mengatasinya tanpa putus asa.
Setiap hujung minggu, Na banyak habiskan masa bercuti dengan keluarga dan saudara mara. Minggu lepas Na ke Port Dickson. Semalam BBQ di Sepang. Berjumpa dengan saudara mara (yang Na pernah label sebagai Hitler's family) memang seronok. 4 generasi dari status moyang sampai ke cicit. Yang dewasa makin tua, yang kanak-kanak kini remaja, wajah mereka masih sama cuma makin berkurangan. Na bersyukur sangat sebab Atuk masih panjang umurnya. Usia Atuk akan menginjak ke angka 80. Atuk sempat berzanji depan Na. Atuk pesan suruh Na belajar berzanji. Seronok! Tapi yang tak seronoknya adalah penghabisan ayatnya. Atuk kata; "Nadia belajar la berzanji seminggu sekali....sebelum aku mati." Bila Atuk cakap macam tue, buat Na terfikir. Na kena ambil peluang belajar sebanyak yang boleh dari Atuk. Na perlu banyak meluangkan masa dengan orang sekeliling Na sebelum terlambat.
3 hari Na MC tak pergi kerja. Na lemah sangat untuk bergerak. Sembahyang pun Na terpaksa lakukan dengan cara duduk. Baru Na sedar pengetahuan Na dalam agama sangat cetek. Na harap sembahyang Na masa sakit dulu diterima Allah. Na ada berbual2 dengan kawan Auntie. Dia belajar mengaji setiap minggu. Dia pesan pada Na supaya rajin mengaji dengan tajwid yang betul. Sebab bila dah tua macam dia, memang susah nak masuk kepala bab tajwid nie. Pesanan tue Na cuba sematkan setiap hari.
Mungkin ada yang berpendapat Na nie bertukar jadi alim. Tapi, entahlah. Na rasa hari kematian itu semakin hari semakin hampir. Na takut tak sempat membuat sebarang persiapan. Na tak tahu bila hari itu akan tiba. Tapi, ianya pasti datang dan ini membuatkan Na rasa tak cukup masa. Sebelum Na 'pergi', Na perlu pastikan orang sekeliling Na hidup bahagia. Na perlu selesaikan setiap yang Na mulakan. Berusaha memperbaiki hubungan dengan Allah. Barulah boleh dikatakan 'rest in peace'.
Na sedang menunggu jawapan dari Allah. Na mohon petunjuk yang jelas dari-Nya. Berapa lama lagi baru Allah jawab semua pertanyaan Na? Kadang2 Na rasa nak putus asa. Na pernah doakan jodoh yang berpanjangan untuk kawan baik Na. Nampaknya memang Allah makbulkan. So, Mungkin ke Allah sudah memberi jawapan tapi cuma Na yang blur tak perasan jawapan yang diberikan? Na akan berusaha lagi. Semoga Allah berikan petunjuk yang jelas.