Tuesday, May 25, 2010

aktiviti bila tiada kerja...1

(Penggunaan tatabahasa yang salah tidak betul tidak seharusnya dijadikan contoh karangan terbaik SPM 2010)

Terkenang semasa zaman persekolahan dulu, pelbagai rekaan yang inovatif dan ekonomikal direka oleh para pelajar. Antaranya, bila mengambil subjek yang memerlukan pengiraan seperti Matematik Moden, Matematik Tambahan dan Prinsip Perakaunan teramatlah perlu untuk mempunyai kertas conteng. Daripada menggunakan buku terpakai kepadalah kertas yang dikitar semula. Bahan-bahannya amat mudah didapati selain tersangat menjimatkan tenaga, masa dan wang. Bahan-bahannya; kertas yang berpotensi untuk dishredded, cutter, dan binder saiz m.

 


Sekarang, Na praktiskan cara ini di pejabat pula. Sudah tentu akan dikomen oleh orang yang suka memberi komen. Tak kira komen itu positif atau negatif, yang penting masa free senggang telah digunakan sepenuhnya untuk membuat kerja-kerja berfaedah seperti ini.


P/S: Buat pertama kalinya terfikir hendak membuat benda yang berfaedah bila tiada ada kerja tapi malas nak buat.
~xoxo~