I feel dizzy every morning which spoilt my mood, so I decided to check my Body Mass Index (BMI) yesterday. Hmm...nothing has changed since last year.
I'm underweight! Everybody saying i look skinny, bla bla and bla. Mark the word "everybody", which means it is not good.i need to put on weight. so, i browsed internet to find some information and let's review the tips that i got from myhealth.gov.
Tip yang sihat dan praktikal untuk MENAMBAH berat badan:
1. Rancang untuk menambah hidangan makanan.
Makan melebihi keperluan merupakan kunci untuk penambahan berat badan. Oleh itu, anda perlu menambah pengambilan makanan anda.
Na: Selama nie memang Na makan dengan potion yang kecil je. Kalau hidangan banyak sangat, nanti membazir...
2. Bersnek secara bijak.
Bersnek secara bijak memainkan peranan utama dalam meningkatkan berat badan. Selain daripada menambah hidangan, ianya penting untuk meningkatkan pengambilan tenaga. Pilih snek yang mengandungi kalori tambahan, vitamin dan mineral. Contohnya keju atau mentega kacang ditambah pada biskut kraker.
Na: Bila baca je yang nie terus Na mula makan keju. Rasanya dalam seminggu memang habis keju satu pek tue.
3. Pilih makanan yang berkalori tinggi
Pilih makanan yang berkalori tinggi untuk menambah berat badan. Pilih makanan atau menu berdasarkan Piramid Makanan Malaysia dan digalakkan untuk mengambil saiz hidangan tambahan. Bagi mereka yang mengalami kekurangan berat badan, digalakkan untuk makan walaupun mereka tidak lapar.
Na: Yang ini pun Na sedang amalkan. Keju, Honeystar, gula-gula, epal, salad, biskut Cream-O, coklat dll.
4. Elakkan melangkau waktu makan utama
Hidangan utama seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam perlu diambil dan pengambilan snek sihat di antara waktu makan adalah digalakkan.
Na: Hmm...
5. Bagaimana anda boleh mula?
Mulakan dengan memilih makanan berkalori tinggi daripada setiap kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia. Ianya termasuk lemak, minyak dan gula dalam kadar yang sederhana. Sasarkan pengambilan makanan berdasarkan bilangan hidangan yang maksimum bagi setiap kumpulan makanan tersebut. Penambahan kalori berlebihan secara kreatif di dalam hidangan pada setiap hari akan memberi keseronokan semasa menikmati hidangan. Contoh: pemilihan minuman berkalori tinggi, penambahan keju dan sos di dalam sandwic.
Na: Will do!
6. Sasarkan kenaikan berat badan secara beransur
Na: Akhir bulan April naik 1kg. Bulan depan naik 2kg. Bulan seterusnya tambah 2kg. 2kg lagi. dan 2kg lagi. Campur semua 54kg. Baru boleh mencapai berat badan yang ideal.
7. Semak keperluan tenaga harian untuk mengetahui berapa tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan berat badan.
Na: Ini tidak perlu. Sebab tak tahu nak semak macam mana dan malas nak semak. Semak kerja sekolah adik lagi bagus.
Buat masa terdekat nie, aktiviti bersenam berlari2 adalah tidak perlu. Senaman untuk membina otot2 lengan; sangat perlu dan itu sahaja. Tunggu saja sampai berat dah naik, baju saiz M bertukar ke L. Masa tue barulah
mulakan semula aktiviti berjoging. Tapi, tekanan pun antara penyumbang kepada penurunan berat badan mendadak. Yah, Na banyak risau. Lepas satu, datang lagi satu. Belum selesai yang satu nie, tambah lagi satu. Jadi, masalah terkumpul dan kerisauan bertambah dan selera makin berkurang. Na tak nak penyakit kemurungan wujud dalam diri Na. Memang menyedihkan sesiapa yang ada penyakit nie. So, Na kena mula pandang semua dari sudut positif. Kawan2 dan bos2 kat tempat kerja pun memang membantu. Rasa macam kerja kat oversea pulak.
Okey, nak gi makan!