Dah pertengahan April tapi ada sesuatu yang belum lagi Na lakukan. Penyakit biasa - pelupa. Bulan April adalah bulan pengurusan kewangan bagi suku kedua tahun 2010. Wah! Bicara bisnes la pulak. Review balik pengurusan kewangan suku pertama amat memberangsangkan. Segala perancangan berjalan lancar dan teratur. Jadi untuk suku kedua ini, perancangan harus lebih agresif. Tapi, ada sesuatu yang membuatkan Na tak sedap hati. Yang boleh melumpuhkan segala perancangan. Bab2 kewangan nie tak boleh ambil risiko. Sekali tersungkur, sakitnya terasa berbulan2. So, jalan paling selamat adalah mengambil tindakan proaktif iaitu berbincang dengan perunding kewangan. Biarlah dia tahu keadaan kewangan Na yang agak kucar kacir asalkan dia sanggup tolong mengatur dan beri jalan selamat daripada berlakunya krisis kewangan. Jadi, Na pun tak pening kepala memikirkan hal kewangan nie. Tindakan paling bijak adalah mengikut nasihat yang diberikan perunding kewangan.
Antara perancangan Na adalah menambah bayaran bulanan kad kredit sebanyak 1.2% daripada jumlah sebelum ini. Kalau baca peratusan memang tak banyak, sangat2 tak banyak. Tapi memberi impak yang sangat besar. Nak buat keputusan nie pun kena fikir lebih 10 kali. Memandangkan hutang orang perseorangan telah pun langsai, jadi memang wajar meningkatkan jumlah bayaran kad kredit. Sebab sebenarnya statement bank sampai agak lambat bulan nie. Tunggu punya tunggu, sampai juga surat dari bank. Bila bukak envelope dan baca statement, kenapa ada charges RM150 dan RM50 (if not mistaken la jumlah nie)? Rupanya baru teringat PM ada sebut tentang caj ni masa pengumuman bajet tahun lepas. Hampeh betul! Tapi, kenapa sampai 2 kali caj? Satu untuk Mastercard dan satu untuk Visa. Na terlupa yang Na ada dua-dua kad nie. Adui bank nie macam Ah Long pun ada... Sebab tue Na congak2, kira2, dan ambil keputusan untuk tingkat jumlah bayaran bulanan dan habiskan bayar kad kredit sebelum penghujung tahun nie. Kalau tak, alamatnya tahun depan kena bayar lagi caj tue. Di kesempatan ini, Na nak nasihatkan pada kawan2 yang pakai kad kredit supaya be aware of these charges. Penggunaan kad kredit yang tak terkawal jugak boleh membuatkan kita tersenarai dalam list hitam dan diisytiharkan muflis! So far, Na rasa Na takkan jadi muflis disebabkan kad kredit. I'm in control.
Tapi ada hutang2 sampingan yang dianggap kecil tetapi sebenarnya sudah cukup untuk me"muflis"kan dan menjatuhkan reputasi Na. Tak sepatutnya berlaku, memang tak patut, tapi sebab dah berlaku, tak guna merungut. Banyakkan bersabar dan bayar secara konsisten. Dan baru-baru nie Na terima panggilan telefon yang sangat memeranjatkan. Setelah beristighfar panjang, memandangkan simpanan tidaklah banyak mana, jadi membuat "back-up" adalah sangat penting. Na perlukan perunding kewangan yang bertauliah.
P/S: Mungkin sikit masa lagi, Na memerlukan peguam. Dan bila sampai usia veteran, Na memerlukan doktor. Tapi tak tahu bila dan bila-bila masa je, Na perlukan orang yang menguruskan jenazah Na pula. Jadi, eloklah sediakan payung sebelum hujan...
xoxo