Monday, June 14, 2010

Apa nak jadi, jadilah!

Tak tahulah bos jenis apa yang Na dapat kali nie. Bila nak mesyuarat, dia marah2 dan tension, Na yang jadi mangsa. Orang lain yang delay buat kerja, Na jugak yang kena marah. Siap nak hempas2 fail, campak fail tue kat muka dia karang baru tahu! Dah dekat 6 bulan Na diamkan aje perangai bos nie. Come on la, kalau tension pun janganlah tujukan kat orang lain. Minat pasukan bola sepak pun salah ke? Nak keluar lunch pun nak kena bagitahu lunch kat mane, pukul berapa. Ingat Na nie isteri dia ke? Lepas nie jangan haraplah nak senyum2 lagi hari2. Sorry la kalau sifat hipokrit perlu ada dalam diri seseorang yang nak berjaya. Sampai nak kena kipas bos untuk dapatkan reputasi cemerlang. Ingat sikit, Na kerja kerana ada tanggungjawab, Na ikhlas kerja kerana Allah. Na tak harapkan pujian tinggi melangit atau kritikan yang mengikut perasaan. Cukuplah kalau ada sedikit penghargaan dalam hati bos tue. Apa yang penting, penilaian Allah pada diri Na. Pergi m*%$@^s la dengan appraisal!

Semua kerja nak cepat. Bak kata kawan Na, bagi kerja hari nie, semalam dah mintak hasil kerja tue. Nak emo, pergi jauh2. Jangan semakkan kepala Na yang tenang nie dengan rungutan yang entah apa2. Nasib baik Na boleh kawal kemarahan nie dengan baik. Sentiasa ingat semua kerja yang dilakukan adalah kerana Allah. Minta2 Allah terima amal perbuatan Na di dunia nie. Minta2 semua amal Na nie adalah ikhlas semata2 kerana Allah.

Oh satu lagi, Na cukup sporting dalam semua perkara. Nak teguk arak depan Na sampai pecah usus perut atau nak bercakap dengan perkataan lucah kononnya dengan niat bergurau atau apa2 sajalah yang dirasakan cool oleh masyarakat kini, silakan. Na tak kisah langsung. Tapi jangan sekali-kali nak suruh Na buka tudung atau bergelak ketawa dengan gurauan yang tahap tersangat-sangatlah rendah di mata para celik akal. Tak payah nak tahu berapa panjang dan apa warna rambut Na. Na takkan cakap rambut Na cantik ke tau ikal mayang  ke atau blonde kerana aurat ini hanya pada yang berhak. 

Na bersyukur sebab Na tak terus-terusan hanyut dalam dunia yang penuh tipu daya. Yang membangga-banggakan dunia Barat, yang mengagung-agungkan sikap keterbukaan yang tidak lagi mengendahkan sensitiviti masyarakat sekeliling. Na ada identiti yang harus diperjuangkan. Yang tidak dimamah usia dan sentiasa bersesuaian dari zaman ke zaman.

Na tahu kemarahan nie hanya bersifat sementara. Sampai masa, hati Na akan sejuk semula. Tapi, kebodohan orang-orang yang mengejar duniawi nie akan berterusan sampailah dia ditelan tanah.

P/S: Silakan mengejar kesenangan duniawi nie. Na akan terus membantu anda mengejar harta atau keuntungan dunia. Nak kerja siap dalam sekelip mata? Na akan cuba usahakan. Na akan cuba puaskan hati semua orang. Kerana dalam setiap masa itu, Na nampak kebodohan anda. Kebodohan itu menjadikan Na terasa JIJIK untuk menjadi orang yang serupa seperti anda.