Saturday, June 26, 2010

Perginya dia dengan 1001 kelukaan


Pagi itu, kami terserempak di lobi. Dengan wajah ceria kami menyapa satu sama lain dan beriringan menuju ke pejabat. Topik pertama perbualan semestinya tentang game bola sepak malam tadi. Seperti biasa, Na juga akan menjadi pendengar setia kepada setiap bebelan atau ngomelan dia walaupun dia tahu Na tersangat sibuk menyiapkan tugasan. Biarlah telinga bernanah dan hati mendidih kepanasan tapi disebabkan dia seorang kawan yang baik, Na tingkatkan kesabaran dalam diri nie.

Tengah hari itu, dia hanya makan french toast. Katanya, takde selera. Na belikan french fries sebab Na tahu itu juga makanan kegemarannya. Kami makan bersama-sama sambil berbual, bergosip dan bergelak ketawa. Dia banyak meluahkan kerisauan tentang keadaan di pejabat tapi Na nasihatinya supaya banyak bersabar dan berfikiran positif. Bercanggah pendapat antara kami. Katanya, naluri hatinya selalu betul. Na diamkan saja. Tak kuasa nak memanjangkan perbalahan nie.

Petang itu, dia sekali lagi cuba memulakan perbualan dengan Na. Dengan tegas Na beritahu Na terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan segera tanpa memandang mukanya. Diam. Na menoleh ke arahnya. Mata berair, hidung kemerahan, tisu di tangan. Na tahu ada sesuatu telah berlaku. Disebabkan desakan masa dan tugasan, Na terpaksa membiarkan dia buat seketika. Dia mengemas barang-barangnya dan berlalu keluar dari pejabat. 

Itulah kenangan terakhir Na bersamanya. Bersama dengan satu-satunya kawan Na di pejabat. 

Dia MANGSA keadaan. Dia dipergunakan untuk membantu semasa susah dan dibuang apabila segalanya berjalan lancar.

Na tak tahu bagaimana nasib Na selepas nie. Tapi apa yang berlaku telah memberikan Na pengajaran terbaik. Setiap pujian dan kata-kata manis langsung tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Hari ini dipuji, esok dihina. Si pemenang telah bersorak sehingga mengalirkan air mata kegembiraan dan terpancar senyuman di wajahnya. 

Ya, wajah-wajah orang yang mengalami inferiority complex serta mempunyai perasaan tidak selamat (insecure) dalam diri. Mereka menjatuhkan orang lain untuk meletakkan dirinya di tempat yang selesa tapi bukan tempat yang terhormat. Tunggulah satu masa nanti, Na akan beritahu sebuah kebenaran yang sangat pahit untuk ditelan mereka.