Hatiku melompat keriangan. Jejaka pujaan yang sering muncul di kotak ingatan tiba-tiba berhubungan. Sebaik mendengar namanya, nada suara mula tenang, hati melonjak girang, senyuman mengukir indah dan wajah tambah berseri. Perbualan yang (sepatutnya) rasmi diakhiri dengan tawa manja dan ikatan janji untuk bertemu. Adeh! Hancur sastera aku. Masa tulis post nie pun boleh tersenyum monyet lagi. Urgh!
So, here goes the story...
Jejaka budiman ini call kerana perkara rasmi tapi apalah gunanya telefon Na. Sepatutnya cakap dengan Secretary. tapi, mungkin dah rezeki dapat dengar suaranya lagi. Jejaka ini akan datang esok petang. Haha! Tak sabar tunggu hari esok untuk menatap wajahnya lagi. Okey, strategi untuk esok, control ayu, cover mata.
Apa?! Pentingkan rupa?! Nak yang kacak aje?! Kerja asyik nak mengorat ajer?!
Iye. Saya mengaku itu semua. Bagi la peluang nak test market jap... ^__^!
Bye :)