Friday, February 05, 2010

Terima kasih...

FRUST! KECEWA!

Jejaka idaman cuma datang sekejap je. Takpe, Isnin nie cuba lagi! Terima kasih kepada aunty, my colleague and Tuhan yang memberi peluang kedua untuk cuba lagi tackle dia.

Terima kasih jugak pada bos kerana memberi kerja yang melimpah ruah sampai Na tak dapat nak submit OT hari nie.

Terima kasih kepada my colleague yang banyak bagi kerja sampai terkangkang-kangkang dibuatnya.

Terima kasih kepada my supplier kerana membuatkan Na teringat kepada ex-bf bila diatanya Na ada bf ke tak.

Terima kasih kepada media yang teruja untuk mengeluarkan berita tentang hotel kami. Tak sia-sia Na hantar email kat korang walaupun dah terlambat.

Terima kasih kepada mama yang hantarkan bekal pagi-pagi lagi.

Terima kasih kepada ayah yang akan datang ambil Na balik kerja sebentar lagi walaupun jauh beribu batu, hujan petir tetap diredahinya.

Terima kasih kerana hari ini hari Jumaat. Thank God it's Friday. Nak buat amal malam nie untuk bekalan akhirat nanti.

Terima kasih kerana bos besar bagi kerja last minute and sampai sekarang pun tak balik lagi! Dia boleh pulak balik! Geram betul dengan bos putih, pendek, rambut asyik nak potong kat A'Cut Above je!! Blah la. Pang kang!